Saidatina Aisyah r.a. : Isteri Berusia Sembilan Tahun Nabi Muhammad s.a.w.
Ramai orang mengatakan bahawa ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia kira-kira 53 tahun, beliau bersanggama yakni mengadakan hubungan seks dengan isteri termuda beliau iaitu Saidatina Aisyah yang merupakan puteri kepada Sayidina Abu Bakar As-Sidik, ketika anak gadis itu hanya berusia sembilan tahun. Sesetengah warga Islam menyangkal perkara itu. Persoalannya, jika ada pihak mendakwa bahawa Nabi Muhammad dan Aisyah bersetubuh tatkala Aisyah baru sembilan tahun dan dakwaan itu palsu, maka suatu fitnah besar telah dihumban kepada Nabi Muhammad. Namun jika hal itu benar, terserlah sesuatu dalam perwatakan nabi besar itu yang pasti mengejutkan ramai orang. Jadi, adakah benar atau salah dakwaan terhadap Nabi Muhammad ini?
Pertamanya, kertas ini akan mengetengahkan bukti bahawa Saidatina Aisyah r.a. (SA) sememangnya berusia sembilan tahun tatkala dia bersatu dengan suaminya, seterusnya mengemukakan 11 bangkangan terhadap hal itu, dan akhir sekali bertanya bagaimanakah jika setiap pandangan itu betul.
Hal ini penting terhadap resam yang masih diamalkan secara meluas namun kurang diberi perhatian pada hari ini serta persoalan apakah adanya kes pengantin perempuan daripada kalangan kanak-kanak demi mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.
Di Iran, bermula dari Jun 2002, adalah sah bagi anak gadis perempuan berusia 9 tahun untuk berkahwin dengan keizinan ibu bapanya. Lihat buku Voices Behind the Veil (Suara Di Sebalik Purdah) hal.136-137
Buku yang sama mencatatkan betapa di Ivory Coast, seorang anak gadis berusia 12 tahun sering meninggalkan rumah selama berjam-jam sebelum pulang. Lalu bapanya mengikatnya, melecurkan belakangnya dengan besi panas, mengurungnya tanpa memberi makan selama tiga hari dan akhirnya mengahwinkannya dengan seorang lelaki berusia 40 tahun. Si bapa tidak pernah menghantar anaknya itu ke sekolah kerana takut itu kelak mendorong anak itu mengetepikan tradisi dan adat resamnya malah akan mula menyoalkan itu ini dan enggan bernikah sehingga berumur 19 atau 20 tahun.
Puak Taliban pula menggalakkan kaum keluarga mereka mengahwinkan anak gadis masing-masing seawal mereka berusia lapan tahun lagi. (Lihat Voices Behind the Veil hal.110)
Akhbar Dallas Morning News 9/28/03 hal.1,10S memaparkan kisah sedih para anak gadis Islam di Nigeria yang dikahwinkan ketika mereka terlalu muda. Mereka ini hamil dan melalui keperitan melahirkan bayi sewaktu tubuh kecil mereka sendiri belum cukup bersedia lagi. Amat mengharu dan memualkan kejadian di mana yang patut dibedah tidak diberikan pembedahan Caesarean. Akibatnya mereka yang hidup selepas mengalami penderitaan itu tidak boleh lagi beranak sebab rahim (alat peranakan) mereka koyak dengan amat teruk sekali.
Untuk memahami betapa berwibawa yakni autoritatif teladan Nabi Muhammad atas kehidupan warga Islam, kita perlu memahami Al-Hadis yang turut menjadi panduan hidup warga Islam di samping Al-Quran. Bagi puak Sunah Waljamaah, hadis tinggi lagi kedudukannya berbanding dengan kedudukan tradisi gereja dalam gereja Katolik dan Ortodoks. Bagi puak Sunnah, enam himpunan hadis itu merupakan tulisan paling autoritatif selepas Al-Quran. Baki kertas ini menunjukkan bahawa dakwaan yang menjadi tajuk kertas ini memang benar dan ini berlandaskan banyak sumber awal yang mentahkikkan (membenarkan/menyokong) daripada kalangan Islam sendiri. Di samping petikan daripada enam hadis yang berwibawa ini dirujukkan juga bahan daripada sejarawan ulung Islam yang amat berwibawa iaitu Ibnu Ishaq dan Al-Tabari.
1. Sahih Al-Bukhari 810-870 TM 256 TH.
1a. “Diriwayatkan oleh bapa kepada Hisham: Saidatina Khadijah r.a. wafat tiga tahun sebelum Rasulullah s.a.w. bertolak ke Madinah. Baginda tinggal di sana lebih kurang dua tahun dan kemudian menikahi Saidatina Aisyah r.a., yakni bertunangan dengan Aisyah sewaktu anak gadis itu berusia enam tahun dan bersamanya ketika gadis itu berusia sembilan tahun.” Bukhari jld.5 kitab 58 bab 43 no.236 hal.153.
1b. Perkara yang sama terdapat di dalam Bukhari jld.5 kitab 58 bab 43 no.234 hal.152.
1c. “Diriwayatkan oleh ‘Urwah: Rasulullah s.a.w. menyempurnakan kontrak perkahwinan dengan Saidatina Aisyah r.a. sewaktu Aisyah berusia enam tahun dan bersatu yakni menyempurnakan perkahwinan itu semasa Aisyah berusia sembilan tahun dan Saidatina Aisyah r.a. kekal bersama baginda selama sembilan tahun (yakni sehingga kewafatan baginda). Bukhari jld.7 kitab 62 bab 60 no.88 hal.65
1d. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a., katanya:: Rasulullah s.a.w, menggunakan Rida’ (selendang besar yang menutupi dari bahu hingga ke pinggang) baginda untuk melindungkan susuk tubuhku ketika aku melihat beberapa warga Habsyah yang sedang bermain di halaman masjid, (aku terus melihat permainan itu) sehingga aku puas. Jadi, daripada peristiwa ini, anda boleh menyimpulkan bagaimana seorang anak gadis (yang belum akil baligh) yang seronok dan ghairah menikmati acara yang menyenangkannya, hendaklah dilayani dengan cara sedemikian juga. Bukhari jld.7 kitab 62 bab 115 no.163 hal.119
1e. “Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. (isteri Rasulullah s.a.w.): Seingat aku, ibu bapaku tak pernah beragama lain selain daripada satu-satunya agama yang benar (iaitu Islam), dan (tak aku ingat) sehari pun yang berlalu tanpa kami dikunjungi pada waktu pagi dan malam oleh Rasulullah s.a.w..” Bukhari jld.5 kitab 58 bab 44 no.245 hal.158. Dengan yang demikian, ‘Saidatina Aisyah r.a. memang terlalu muda atau dia belum dilahirkan lagi tatkala ibu bapanya memeluk agama Islam. Ini adalah konsisten, yakni sejajar dan membenarkan hujah bahawa Saidatina Aisyah r.a. masih seorang kanak-kanak ketika beliau bersatu dengan Rasulullah s.a.w. setelah baginda menikahinya.
2. Sahih Muslim 817-875 TM 261 TH.
Pada umumnya, ini dianggap sebagai kumpulan hadis yang kedua paling boleh dipercayai dan andal.
2a. “(3309) Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahi aku ketika aku berumur enam tahun dan aku dibenarkan ke rumah baginda untuk bersama beliau ketika aku berusia sembilan tahun. Seterusnya Aisyah berkata: Kami telah berhijrah ke Madinah dan aku demam panas selama sebulan sehinggalah rambut aku mencecah hingga paras bahu. Ketika itu ibu kandungku, Ummu Rumaan, datang berjumpa aku yang sedang berada di atas buaian bermain bersama teman-temanku lalu dia memanggilku dengan suara yang lantang dan aku segera berjumpa dengannya iaitu dalam keadaan aku tidak mengetahui apa yang hendak dia lakukan terhadapku. Ibuku memegang tanganku iaitu membawa aku untuk masuk ke dalam rumah sehinggalah dia memberhentikan aku di pintu dan aku hanya berkata: Ha, ha (melepaskan lelahku), sehingga keadaanku menjadi tenang. Selepas itu ibuku membawa aku masuk ke dalam rumah di mana aku dapati ramai wanita Ansar. Mereka menyambut kami dengan mesra serta mendoakan untuk pengantin (diriku) supaya diberi kesenangan dan keberkatan. Ibuku menyerahkan aku kepada mereka lalu mereka membasuh kepalaku dan menghiaskan diriku secantik mungkin dan tiada apa pun yang menakutkan aku. Rasulullah s.a.w. datang ke situ ketika lewat pagi lalu para kaum wanita Ansar itu menyerahkan aku kepada baginda.” Sahih Muslim jld.2 kitab 8 bab.548 no.3309 hal.715-716.
2b. “(3310) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menikahi aku semasa aku berumur enam tahun, dan aku dibenarkan untuk tinggal bersama baginda semasa aku gadis berusia sembilan tahun.”
(3311) Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menikahinya ketika dia (Aisyah) berusia tujuh tahun, dan Aisyah dibawa ke rumah baginda sebagai pengantin perempuan tatkala umurnya sembilan tahun, dan anak-anak patungnya ada (dibawa) bersama-samanya: dan pada waktu wafatnya Rasulullah s.a.w., dia (Aisyah) berumur lapan belas tahun.” Sahih Muslim jld.2 kitab 8 bab 548 no.3310,3311 hal.716.
2c. “(5981) Saidatina Aisyah r.a. berkata dia pernah bermain dengan anak patung di hadapan Rasulullah s.a.w. dan apabila rakan sepermainannya mendatanginya, mereka akan meninggalkan rumah baginda Rasulullah itu sebab mereka berasa malu terhadap Rasulullah s.a.w. walhal Rasulullah s.a.w. yang menghantar mereka untuk bermain-main dengan Aisyah.
2d. (5982) Hadis ini diriwayatkan berlandaskan autoriti Hisham dengan rantaian perawi yang sama dan Cuma terdapat sedikit perbezaan dari segi kata-kata yang digunakan.” Sahih Muslim jld.4 kitab 29 bab 1005 no.5981-5982 hal.1299
3. Sunan Abu Daud 817-888/9 TM 275 TH.
3a. “(2116) Saidatina Aisyah berkata : Rasulullah s.a.w. menikahi aku sewaktu aku berusia tujuh tahun. Perawi hadis ini iaitu Sulaiman berkata : Atau enam tahun. Baginda menyetubuhi aku ketika aku berusia sembilan tahun.” Sunan Abu Daud jld.2 kitab 5 bab 700 no.2116 hal.569
3b. “(4913) Saidatina Aisyah berkata : Aku masih bermain dengan anak patung. Ada masa-masnya Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan terserempak dengan aku bermain-main dengan anak-anak gadis yang menjadi kawanku. Apabila baginda masuk ke rumah, mereka akan pergi dan apabila baginda pergi mereka akan masuk ke dalam rumah.” Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1769 no.4913 hal.1373
Perhatikan dengan teliti bahawa ini BUKANNYA mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersetubuh dengannya dan mempamerkan perbuatan itu kepada rakan sepermainan Aisyah. Sebaliknya ini menghuraikan betapa rakan sepermainan Aisyah akan bermain bersama-samanya namun mereka akan pergi dari situ apabila Rasulullah s.a.w. tiba dan mereka akan datang semula setelah Rasulullah s.a.w. pergi lagi.
3c. “(4915) Saidatina Aisyah berkata : Rasulullah s.a.w. menikahi aku sewaktu aku berusia tujuh atau enam tahun. Apabila kami tiba di Madinah, datanglah beberapa orang wanita. Mengikut versi Bishr: Ummu Rumaan datang berjumpa aku yang sedang berada di atas buaian. Mereka mengambil aku, persediakan aku dan menyolekkan serta menghiaskan diriku. Kemudiannya aku dibawa kepada Rasulullah s.a.w., dan ketika aku berusia sembilan tahun, baginda mula seketiduran bersamaku. Dia (perempuan itu) menyebabkan aku terhenti di ambang pintu dan aku pun ketawa.
Kata Abu Daud : Maksudku : Aku telah datang haid lantas aku dibawa ke dalam sebuah rumah dan di situ ada beberapa orang wanita kaum Ansar (Pembantu). Ucap mereka : Semoga berbahagia dan diberkati. Sunnah yang satu telah dimasukkan ke dalam sunnah yang satu lagi. Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1770 no.4915 hal.1374
3d. (5916) [sebenarnya 4916, ralat cetakan] Sunnah yang tersebut di atas juga diriwayatkan oleh Abu Usamah dengan cara yang sama menerusi rantaian perawi yang berbeza. Mengikut versi ini: ‘Semoga berbahagia.’ Dia (Ummu Ruman) menyerahkan aku kepada mereka (para wanita Ansar). Mereka menyucikan kepala (rambut) aku dan menukarkan semula pakaianku. Tiada sesiapa kecuali Rasulullah s.a.w. yang mendatangi aku pada waktu menjelang zohor itu. Lalu mereka menyerahkan aku kepada baginda. Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1770 no.4916 hal.1374
3e. (4917) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a yang berkata: Setibanya kami di Madinah kaum wanita itu mendatangi aku sewaktu aku sedang bermain dan berada dia atas buaian dan rambutku menggerbang. Mereka membawa aku ke dalam rumah, persediakan aku dan menyolekkan serta menghiaskan diriku. Kemudiannya mereka membawaku kepada Rasulullah s.a.w., dan ketika aku berusia sembilan tahun, baginda mula seketiduran bersamaku. Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1770 no.4917 hal.1374
3f. (4918) Sunnah tersebut di atas juga telah diriwayatkan oleh Hisham b. ‘Urwah menerusi rantaian perawi lain. Versi ini menambah: Aku yang sedang berada di atas buaian sambil bermain-main dengan teman-teman sepermainanku. Mereka membawa aku ke sebuah rumah di mana ada beberapa orang wanita Ansar (Pembantu). Ucap mereka : Semoga berbahagia dan diberkati. Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1770 no.4918 hal.1374
3g. (4919) Saidatina Aisyah r.a. berkata : Kami tiba di Madinah dan tinggal bersama-sama Banu al-Harith b. al-Khazraj. Katanya : Demi Allah, aku bersumpah, aku sedang menikmati bermain buaian yang digantung di antara dua pohon kurma. Kemudian ibuku pun datang dan memaksa aku turun buaian dengan rambutku yang menggerbang. Perawi hadis ini seterusnya menyebut baki sunnah ini seperti perawi lain.” Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1770 no.4915-4919 hal.1374.
Kesimpulan tentang Abu Daud: Terdapat 7 rujukan dan tiada bangkangan maka terbukti dan sahlah bahawa Saidatina Aisyah r.a memang sembilan tahun.
4. Tirmidhi 825-892 TM 209-279 TH
"..Ahmad dan Is'haq berkata bahawa sekiranya seorang anak yatim perempuan mencecah usia sembilan tahun dan dia dikahwinkan dengan izinnya, maka perkahwinan itu dibenarkan dan dia tiada pilihan lagi setelah dia dewasa. Kedua-dua mereka ini bergantung pada hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyetubuhinya ketika dia berusia sembilan tahun. Saidatina Aisyah r.a. berkata bahawa, seandainya seorang anak gadis mencecah usia sembilan tahun dia adalah seorang wanita " Kata Tirmidhi: Ini hadis yang baik. (Tirmidhi, "Nikah menurut Rasulullah s.a.w.", #1027)
Kesimpulan tentang Tirmidhi: Terdapat 1 rujukan dan tiada bangkangan maka terbukti dan sahlah bahawa Saidatina Aisyah r.a memang sembilan tahun.
5. Sunan Nas’ai 830-915 TM 215-303 TH
5a. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahinya tatkala dia berusia enam tahun dan menyetubuhinya ketika dia berusia sembilan tahun. (Sunan Nas’ai, Kitab fasal Nikah, no.3255)
5b. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahi aku sewaktu umurku tujuh tahun dan menyetubuhi aku sewaktu aku sembilan tahun. (Sunan Nas’ai, Kitab fasal Nikah, no.3256)
5c. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahi aku sewaktu umurku sembilan tahun dan aku ikut bersama-sama baginda selama sembilan tahun. (Sunan Nas’ai, Kitab fasal Nikah, no.3257)
5d. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahinya tatkala dia berusia sembilan tahun dan baginda wafat sewaktu dia (Aisyah) berusia lapan belas tahun. (Sunan Nas’ai, Kitab fasal Nikah, no.3258)
5e. Saidatina Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menikahi aku ketika aku enam tahun dan baginda menyetubuhi aku sewaktu aku sembilan tahun dan aku masih bermain dengan anak patung. (Sunan Nas’ai, Kitab fasal Nikah, no.3256)
Perhatikan bahawa yang sebelumnya adalah dalam naskhah asas bahasa Arab, tetapi tidak ada dalam terjemahan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penterjemah bahasa Inggeris menulis seperti berikut di bahagian hadapan di bawah #18.
“Apabila Saidatina Aisyah r.a. melepasi tempoh berkahwin selama sembilan tahun, Rasulullah s.a.w. sakit lalu tenat. Pada 9hb atau 12hb Rabiulawal 11 TH., baginda telah wafat. Saidatina Aisyah r.a. berusia lapan belas tahun ketika kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. dan beliau kekal sebagai balu selama empat puluh lapan tahun sehingga beliau wafat ketika berusia enam puluh tujuh tahun.” Sunan Nasa’i jld.1 #18 hal.108-109 (Bahan dalam bahasa Inggeris di bahagian hadapan)
Ambil perhatian bahawa Saidatina Aisyah r.a. melalui sembilan tahun dalam perkahwinan dengan rasulullah s.a.w., dan lantaran baginda wafat ketika Aisyah lapan belas tahun maka sah lah dia berusia sembilan tahun apabila beliau memulakan hidup bersama sebagai suami isteri dengan Rasulullah s.a.w..
Kesimpulan tentang Sunan Nasa’i: Tanpa mengambil kira catatan terjemahan bahasa Inggeris, terdapat 5 rujukan dalam bahasa Arab dan tiada rujukan bangkangan maka sahlah Aisyah memang berusia sembilan tahun (sewaktu mula bersama dengan Rasulullah s.a.w..
6. Ibnu Majah 824-886/887 TM. 273 TH.
6a. Saidatina Aisyah r.a. bernikah sewaktu beliau enam tahun dan sembilan tahun tatkala beliau ke rumah Rasulullah s.a.w. untuk bersama dengan baginda. Ibnu-Majah jld.3 kitab 9 bab 13 no.1876 hal.133
6b. Saidatina Aisyah r.a. bernikah sewaktu usia tujuh tahun dan pada usia sembilan tahun beliau pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. untuk bersama-sama baginda, dan beliau berusia 18 tahun sewaktu Rasulullah s.a.w. wafat. Menurut Al-Zawa’id, sahih asnad ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam Bukhari. Namun begitu, Abu ‘Ubaida tidak mendengar riwayat ini daripada bapanya maka ia disifatkan sebagai munqata’ (terputus rantaian perawinya ) Ibnu-Majah jld.3 kitab 9 bab 13 no.1877 hal.134.
7. Sejarawan Ibnu Ishaq - wafat 767/773 TM 145/151 TH.
7a. “Yahya b. Abbad b. Abdullah b. Al-Zubayr meriwayatkan daripada bapanya yang memberitahu yang dia mendengar Saidatina Aisyah r.a. berkata: “Rasullah s.a.w. wafat di atas dadaku sewaktu giliran aku Tidak pernah aku melakukan kesalahan terhadap sesiapa dalam hal baginda. Atas sebab kejahilan aku dan sebab aku terlalu mudalah maka Rasulullah s.a.w. wafat di dalam dakapanku.”” (Guillaume, A., The Life of Muhammad, terjemahan daripada kitab karya Ibnu Ishaq Sirat Rasul Allah, Oxford University Press, Karachi, Pakistan, halaman 682). Saidatina Aisyah r.a, berkata yang dia terlalu muda tatkala kewafatan Rasulullah s.a.w..
8. Sejarawan Al-Tabari - wafat 923 TM
8a. Saidatina Aisyah r.a. berusia 6 (atau 7) tahun semasa dia dinikahi dan pernikahan itu disempurnakan sewaktu dia berusia sembilan tahun. Al-Tabari jld.9 (TH. 10) hal.129-131. Muhammad b. ‘Amr ialah salah seorang daripada perawi hadis ini.
8b. Saidatina Aisyah r.a. berusia 6-7 tahun sewaktu dinikahkan dan pernikahan itu disempurnakan sewaktu dia berusia 9-10, tiga bulan selepas berhijrah dari Mekah Al-Tabari jld.7 (1 TH.) hal.7. Rantaian perawi termasuk seorang lelaki Quraisy yang tidak disebut namanya.
8c. Saidatina Aisyah r.a. wafat pada bulan Jun-Julai 678 TM. (TH. 58) pada usia 66 tahun. Ini bermakna dia dilahirkan pada tahun 610 TM.. Al-Tabari berkata yang Aisyah menyempurnakan perkahwinannya yakni mula bersama-sama dengan Rasulullah sewaktu Aisyah berusia sembilan tahun. Al-Tabari jld.39 hal.171,173. (Al-Tabari menulis 38 jilid sejarah, serta jilid ke-39 yang dinamai Biographies of the Prophet’s Companions and Their Successors Biografi Para Sahabat Rasulullah dan Pengganti Mereka.)
X 8c. Sebaliknya, Al-Tabari turut menulis bahawa. “Keempat-empat anak Sayidina Abu Bakar as-Sidek r.a. adalah daripada dua orang isterinya – yang nama mereka telah kami sebut sebelumnya – dalam zaman jahiliah yakni pra-Islam.” (Tarikhu'l-umam wa'l-mamlu'k, Al-Tabari, jld.4, (Kisah nukilan Luhrasb) hal.50, bahasa Arab, Dara'l-fikr, Beirut, 1979. Al-Tabari jld.11 (TH 13) hal.141 turut menyebut hal ini, dengan nota kaki 766 yang mengatakan yang Al-Tabari ada konflik dalam hal ini. Nota kaki ini juga menyebut bahawa nukilan Al-Baladhuri iaitu Ansab I, hal.409-411; nukilan Ibnu Hajar iaitu Isabah IV, hal.359-360 menyokong fakta bahawa Saidatina Aisyah r.a. selamat dan sempurna dinikahkan menjelang usianya 9 tahun.
Penjelasan Majoriti Warga Islam
Jawapan warga Islam bagi isu ini terbahagi kepada dua kategori: majoriti mereka bersetuju bahawa hadis-hadis yang tersebut boleh dipercayai manakala minoriti mereka tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Pandangan majoriti mengesahkan keandalan yakni kebolehpercayaan hadis-hadis berkenaan. Jadi, seandainya hadis-hadis serta para sejarawan itu harus dipercayai, bererti memang ketika berusia 53 tahun, Rasulullah s.a.w. telah bersanggama dengan seorang anak gadis berusia sembilan tahun. Dan seperti yang seorang warga Islam memberitahu saya “… dan aku berani kata yang pada ketika itu, Saidatina Aisyah r.a. merupakan anak gadis berusia sembilan tahun yang paling bahagia di seantero dunia”.
Pada tahun 2005, laman web berikut, yang kini sudah tidak berfungsi lagi, turut menyatakan hal yang serupa lantas menuduh kalangan warga Islam yang berfaham liberal hanya mahu mengikut cita rasa dan rentak tari moral orang barat sehingga sanggup menidakkan kebenaran. http:// admin.muslimsonline.com/~islamawe/Polemics/aishah.html
Sebahagian daripada nota kaki 1958 pada hal.715 menyatakan: “Menurut Imam Syafii, perkahwinan semasa zaman kanak-kanak bukan suatu yang agak nyata. Keadaan yang luar biasa menyelubungi senario pernikahan Saidatina Aisyah r.a. dengan Rasulullah s.a.w.. Hujah kedua yang harus diberi perhatian ialah agama Islam tidak menetapkan had umur bagi permulaan kebalighan atau puberti sebab keadaan tersebut berbeza mengikut negara dan bangsa atas sebab perbezaan iklim, faktor keturunan, serta keadaan fizikal dan sosial. Puberti baik bagi lelaki mahupun perempuan bermula lebih lewat bagi mereka dari kawasan sejuk berbanding dengan mereka yang dari kawasan panas. “Suhu purata negeri atau wilayah,’ dinyatakan oleh pengarang tersohor bagi buku Woman, “dianggap sebagai faktor penentu utama bukan sahaja bagi kedatangan haid sulung bahkan merangkumi keseluruhan perkembangan seksual sewaktu baligh. … Samalah juga pandangan pengarang Kinsey Report yang menyatakan: ‘Peristiwa/kejadian permainan seks pra-baligh pada usia tertentu (peristiwa aktif) tampak paling tinggi dalam kumpulan umur yang lebih muda. Kira-kira lapan peratus daripada sampel perempuan boleh ingat akan permainan seks heteroseksual pada usia lima dan tujuh tahun” (Alfred C. Kinsey dan Lain-lain, Sexual Behaviour in the Human Female (Perilaku Seksual dalam Manusia Perempuan), hal.110)” -- Kesemua ini dipetik daripada Sahih Muslim jld.2 nota kaki 1958 hal.715.
[Namun begitu, bagi hujah bangkangan terhadap dakwaan bahawa anak gadis matang lebih pantas dalam iklim sedemikian, inilah apa yang dikatakan oleh penulis warga Assyria bernama Bardaisan atau Bardesan, (224-232 TM), “Maka seorang lelaki tidak menjadi ayah sebelum berusia lima belas tahun begitu juga perempuan tidak menjadi ibu sebelum berusia tiga belas tahun.” The Book of Laws of Diverse Countries (Kitab Hukum Pelbagai Negeri yang Berlainan).]
Penterjemah Sahih Muslim jld.2 menerangkan dalam nota kaki 1960 pada hal.716. “Pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina Aisyah r.a. dikritik hebat oleh para pengkritik barat waima ini ganjil sebab para pengkritik kontemporari Rasulullah s.a.w. yang melemparkan pelbagai dakwa-dakwi terhadap baginda langsung tidak menyebut sedikit pun fasal pernikahan baginda itu. Harus diingat bahawa Tuhan ada tujuan tertentu bagi semua tindakan Rasulullah s.a.w., termasuk pernikahan ini. Saidatina Aisyah r.a. memang seorang anak gadis yang cepat matang dan berkembang dari segi minda dan fizikalnya seperti juga perkembangan ramai personaliti yang unik lagi tersohor. Dia dibawa masuk ke rumah Rasulullah s.a.w. di ambang kebalighannya yakni titik pembentukannya kehidupannya tatkala dia amat mudah terpengaruh. … Malah dari sudut pandangan psikoseksual pun, kesatuan antara dia dengan Rasulullah s.a.w. memang suatu yang berbahagia sebagaimana yang terserlah daripada catatan dalam Hadis. Kata Von De Velde, Pengarah Klinik Ginekologi di Harlem [New York?], ‘Apabila besar perbezaan umur (antara pasangan yang berkahwin), misalnya melebihi lima belas atau dua puluh tahun, pasangan mungkin lebih bahagia. Pernikahan seorang lelaki tua – namun tentunya bukan yang nyanyuk - dengan seorang anak gadis yang agak muda, sering kali amat berjaya dan berharmoni. Pengantin perempuan segera diperkenalkan pada dan menjadi biasa dengan persetubuhan yang sederhana” (Ideal Marriage, Its Psychology and Technique (Perkahwinan yang Ideal, Psikologi dan Tekniknya), London, 1962 hal.243).” Sahih Muslim jld.2 hal.716.
Garis waktu Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Aisyah r.a.
|
Peristiwa (+/- 2 tahun) |
TM |
TH. |
|
Rasulullah s.a.w. dilahirkan |
570 |
-53 |
|
Penghijrahan ke Habsyah |
617 |
-5 |
|
Aisyah dinikahi pada usia 6-7 |
622 |
0 |
|
Penghijrahan ke Madinah |
623 |
1 |
|
Perkahwinan disempurnakan pada usia 8-9 |
623 |
1 |
|
Peperangan Badar & Uhud |
625 |
3 |
|
Wafat Rasulullah pada usia 63. Aisyah berusia 19 tahun |
633 |
11 |
|
Aisyah memberontak menentang ‘Ali ibnu Talib |
656 |
35 |
Sila ambil perhatian bahawa interpretasi serta penjelasan para pakar hadis resmi yang berusaha menjelaskan rasional bagi usia muda Saidatina Aisyah r.a. tatkala pernikahannya disempurnakan merupakan pengesahan bagi umurnya yang muda ketika pernikahannya itu.
Nota kaki 2728 pada halaman yang sama sebahagiannya menyatakan: “Oleh itu pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina Aisyah r.a. ketika anak gadis itu di ambang akil balighnya sesuatu yang amat perlu berlaku, lantaran menerusi beliaulah arahan boleh disampaikan dengan jayanya kepada para anak gadis dan wanita muda yang baru memeluk Islam. Tambahan pula, pernikahan itu menyangkal salah tanggapan orang yang mendakwa adalah bertentangan dengan etika agama untuk bernikah dengan anak kepada lelaki yang kita akui sebagai saudara kita.” [Abu Bakar As-Sidek r.a. adalah saudara seagama dengan Rasulullah s.a.w. dan bukannya saudara mengikut keturunan.]
Warga Islam ada berkata bahawa ketika itu orang berkahwin pada masa lebih muda, dan/atau anak-anak gadis di negeri yang lebih panas matang lebih awal. Namun begitu isunya bukan umur ketika bernikah sebab biarpun ada kanak-kanak yang dikahwinkan sebelum kedua-duanya satu tahun namun mereka tidak tinggal bersama-sama sehingga sang isteri cukup umur untuk melahirkan anak. Maka, hasil daripada teladan Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut lebih awal dalam tulisan ini, anak-anak gadis Nigeria yang beragama Islam sering dikahwinkan pada usia terlalu muda dan hamil sebelum tubuh muda mereka bersedia dan mampu mengandung anak. Para anak gadis Nigeria itu juga dibesarkan dalam iklim yang panas.
Sebelas Hujah Bangkangan Berpotensi yang Dibangkitkan
Ada pandangan minoriti yang menidakkan yang Rasulullah s.a.w. menyetubuhi anak gadis berusia sembilan tahun dan mereka lazimnya mendakwa bahawa Saidatina Aisyah r.a. berusia di antara 17 hingga 19 tahun. Berikut dipaparkan hujah tersebut dan sesetengah respons terhadap hujah-hujah itu.
Bangkangan 1: Kesangsian terhadap Tiga daripada Perawi Hadis berkenaan
1.1 Seorang Lelaki Quraisy yang tidak disebutkan namanya ialah perawi dalam Al-Tabari jld.7 (1 TH.) hal.7, jadi rujukan ini daif (lemah).
1.2 Hisham ibnu ‘Urwah Ialah perawi hadis bagi banyak petikan. Jika dia tersilap, ertinya kesemua orang yang memetik dengan tepat hadis yang dia riwayatkan tentunya mempunyai maklumat yang salah juga. Mizanu'l-ai`tidal, sebuah kitab tentang kehidupan [sketsa khidupan] para perawi tradisi (hadis) Rasulullah s.a.w. melaporkan yang apabila beliau telah tua, ingatan Hisham terjejas dengan agak teruk. (jld.4, hal.301-302)
Tehzibu'l-tehzib, yang merupakan antara kitab paling tersohor tentang kehidupan dan tahap kebolehpercayaan para perawi hadis Rasulullah s.a.w melaporkan bahawa menurut Yaqub ibnu Shaibah: "segala yang diriwayatkan oleh Hisham boleh dipercayai kecuali hadis-hadis yang diriwayatkan menerusi para perawi warga Iraq". Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa Malik ibnu Anas membangkang akan kesahihan hadis daripada Hisham yang diriwayatkan melalui perawi warga Iraq. (jld.11, hal. 48 - 51)
1.3 Muhammad ibnu Amr disebut daif sebagai perawi hadis oleh Ibnu Abu Hatim di dalam Al-Jarah wa al-Ta’deel: Kata Yahya, “dia bukanlah antara perawi yang ingin kamu jadikan sumber meriwayatkan hadis.” Abu Hatim bertanya kepada Malik yang mengatakan hal yang serupa, dan Yahya bin Mu’een berkata “Orang akan cuba bertahan daripada menerima hadis yang dia riwayatkan”
Al-Dhahabiy berkata di dalam "Siyar Aa`laam al-Nubalaa", bahawa Juzyanniy mengatakan yang Muhammad ibnu Amr daif dari segi kebolehpercayaan. Al-Dhabahiy turut menyebut bahawa Yahya ibnu Qataan berkata Muhammad ibnu Amr tidak begitu teliti dalam melaporkan/meriwayatkan hadis.
Di dalam kitab al-Du`afaa al-`uqailiy, jld. 4, hal.109,‘Uqailiy juga berkata Muhammad ibnu Amr perawi yang daif [kurang andal].
Respons terhadap 1: Sekalipun kita mengandaikan yang kesemua Hisham, ibnu Amr, dan lelaki warga Quraisy yang tidak disebutkan namanya merupakan perawi yang daif, daif tidak bererti mereka salah. Juga, bagaimana pula dengan lebih banyak rujukan yang tidak daif? Berikut ialah kad skor bagi rujukan yang kuat dan daif:
Kad Skor Rujukan
|
Perawi |
Rujukan Kuat |
Rujukan Daif |
Rujukan Bangkangan |
|
Al-Bukhari |
4 |
1 |
0 |
|
Sahih Muslim |
3 |
1 |
0 |
|
Abu Daud |
6 |
1 |
0 |
|
Tirmidhi |
1 |
0 |
0 |
|
Nasa’i |
5 |
0 |
0 |
|
Ibnu-Majah |
1 |
1 |
0 |
|
Ibnu Ishaq |
1 |
0 |
0 |
|
Al-Tabari |
0 |
3 |
1 |
|
JUMLAH |
21 |
7 |
1 |
7 rujukan daif tidak membatalkan 21 rujukan kuat malah is menguatkan lagi kredibiliti rujukan kuat itu.
Bangkangan 2: Tiada Perawi Lain dari Madinah
Hisham ibnu ‘Urwah menghuni Madinah selama 70 tahun dan kemudiannya berpindah ke Iraq. Mengapa tiada perawi Madinah yang meriwayatkan yang Saidatina Aisyah r.a. berusia lapan atau sembilan tahun dalam hal isu ini? Juga dimusykilkan kenapa kesemua dalam rantaian perawi adalah dari Iraq.
Respons terhadap 2: Hujah bangkangan ini berlandaskan kenapa yang lain senyap: ramai yang tidak melaporkan apa-apa tentang usia Saidatina Aisyah r.a. tatkala beliau menyempurnakan pernikahannya. Malah, Iraq seharusnya sumber yang baik sebab, pada era pemerintahan Khalifah Uthman, Saidatina Aisyah r.a. serta ramai para sahabat yang berhijrah ke Iraq. Tentunya, kita memang boleh mengandaikan yang Saidatina Aisyah r.a. pasti ingat bila dia bernikah dan memberitahu hal itu kepada pihak lain.
Bangkangan 3: Adakah bangsa Arab mengamalkan perkahwinan kanak-kanak?
Dikatakan [kononnya] tiada sebarang rujukan fasal perkahwinan kanak-kanak dalam sejarah bangsa Arab, jadi jika Rasulullah s.a.w., melakukannya, tentunya kejadian yang luar daripada kebiasaan ini akan dilaporkan oleh ramai orang. Tiada siapa yang akan menimbulkan bangkangan jika pernikahan (tatkala masih amat muda) ini memang tidak berlaku.
Respons terhadap 3: Isu ini memang dilaporkan oleh beberapa orang, malahan terdapat sekurang-kurangnya satu rujukan tentang perkahwinan kanak-kanak (dan penyempurnaan pernikahan itu) dalam zaman Rasulullah s.a.w.. Seorang wanita [tentunya yang bernikah secara sah] telah menjadi nenek ketika berusia 21 tahun menurut Bukhari jld.3 kitab 48 bab 18 no.831 hal.514. Akhir sekali, lantaran tiada bangkangan terhadap pelaporan pernikahan (tatkala masih amat muda) dalam rujukan ini, maka bererti majoriti cendekiawan Islam bersetuju yang hal itu memang berlaku.
Bangkangan 4: Anak gadis kecil tatkala Surah 54:46 tertulis
Saidatina Aisyah r.a. berkata bahawa dia seorang anak gadis muda tatkala turun (dan tercatatnya) Ayat 46 Surah Al-Qamar [(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.] yang dikatakan berlaku kira-kira 9 tahun sebelum Hijrah. Aisyah tidak menyebut bayi [sibyah], tetapi anak gadis muda [jariya]. (diambil daripada http://www.understanding-islam.com/ri/mi-004.htm). Ini adalah menurut Bukhari, kitabu'l-tafsir, Bahasa Arab, Bab Qaulihi Bal al-sa`atu Maw`iduhum wa'l-sa`atu adha' wa amarr.
Respons terhadap 4: Ada tiga bahagian yang perlu dijawab.
1a (penggunaan kata): Hujah ini berpaut, kononnya pada kata jariya yang tidak boleh digunakan secara umum bagi kanak-kanak yang belum berusia belasan tahun. Namun begitu banyak riwayat yang menyatakan yang Saidatina Aisyah r.a. masih bermain-main anak patung walaupun setelah dinikahi oleh Rasulullah s.a.w...
1b (Surah yang salah): Lebih mudah bagi seorang perawi terlupa surah yang betul daripada terlupa bahawa beliau seorang pengantin kanak-kanak.
1c (waktu yang salah bagi Surah): Mungkin surah itu surah yang betul namun kita tidak boleh tahu dengan tepat bila turun dan tercatatnya Ayat 46 Surah Al-Qamar. Kedua-dua Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Baariy dan Maudid mengatakan yang Ayat 46 Surah Al-Qamar dicatat kira-kira 5 tahun sebelum Hijrah dan bukannya 9 tahun sebelum Hijrah.
Bangkangan 5: Saidatina Aisyah pada Perang Badar dan Uhud
Sesetengah riwayat mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. ada turut serta bersama bala tentera pada Perang Badar dan Perang ‘Uhud (kedua-duanya pada 3 TH). Hadis-hadis juga menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki di bawah usia 15 tahun dibenarkan mengambil bahagian dalam Perang ‘Uhud. Al-Tabari jld.12 (TH. 14) hal.75 berkata bahawa budak lelaki hanya menyertai Perang Al-Qadisiyyah hanya sesudah akil baligh. Riwayat yang menyebut Saidatina Aisyah r.a. di ‘Uhud ialah: Bukhari, Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, bahasa Arab, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal. Rujukan yang mengatakan bahawa budak lelaki di bawah 15 tahun tidak boleh ikut sama berperang ialah: Bukhari jld.3 kitab 48 bab 18 no.832 hal.514, Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b.
Respons terhadap 5: Saidatina Aisyah r.a., seorang budak perempuan, tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana peperangan. Had usia 15 tahun “adalah batasan umur antara zaman kanak-kanak dan zaman lelaki dewasa”. Jadi apakah keperluan bagi seorang anak gadis untuk berada di medan perang?
Seorang anak gadis 10/11 tahun ada banyak yang perlu dilakukan di samping menemani Rasulullah s.a.w. pada waktu malam. Kaum wanita dan kanak-kanak pergi ke medan perang selepas tamat peperangan untuk memberi air kepada yang tercedera dan menyempurnakan musuh yang tercedera. Al-Tabari jld.12 (TH 14) hal.127,146. Sewaktu peperangan, kaum wanita dan kanak-kanak di medan perang untuk menggali kubur bagi mereka yang gugur di medan perang itu. Al-Tabari jld.12 (TH 14) hal.107
Akhir sekali, Saidatina Aisyah r.a. yang masih muda itu dianggap sebagai seorang dewasa sebab bagi warga Islam, seorang anak gadis menjadi dewasa selepas mengalami haid sulungnya menurut nota penterjemah ke bahasa Inggeris dalam kitab Bukhari jld.3 kitab 48 bab 18 sebelum no.832 hal.513.
Bangkangan 6: Kakak kepada Saidatina Aisyah r.a. iaitu Asma yang berusia 10 tahun lebih tua wafat pada 73 TM. Ketika berusia 100 tahun.
Taqri’bu’l-tehzi’b and Al-bidayah wa’l-nihayah meriwayatkan yang ‘Asma wafat pada 73 TM. Tatkala beliau berusia 100 years old. Jadi Asm’a tentunya kira-kira berusia 26/27 pada 1 TH., maka Saidatina Aisyah r.a. adalah 16/17 tahun pada 1 TH., dan bukannya 8-9 tahun. (Rujukan pada usia Asm’a pada waktu kewafatannya terdiri daripada: Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Taqri'bu'l-tehzi'b hal.654 dan Ibnu Kathir dalam Al-bidayah wa'l-nihayah jld.8 hal.372 bahasa Arab. Rujukan bagi usia ‘Asma 10 tahun lebih tua daripada Saidatina Aisyah r.a. ialah: Abda'l-Rahman ibnu Abi Zanna'd, Siyar A`la'ma'l-nubala', Al-Zahabi, jld.2, hal.289, bahasa Arab, Mu'assasatu'l-risalah, Beirut, 1992, Ibnu Kathir dalam Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibnu Kathir, Jld 8, Hal 371, bahasa Arab, Dar al-fikr al-`arabi, Al-Jizah, 1933)
Respons terhadap 6: Jika dibuat andaian bahawa kesemua kitab yang dirujuk itu andal yakni boleh dipercayai dalam hal ini, orang boleh salah melaporkan usia seseorang selepas kematian orang itu. Misalnya, jika anda sebelum ini mempercayai ibnu Hajar tentang umur ‘Asma ketika beliau wafat, maka anda hendaklah juga mempercayai Ibnu Hajar dalam Isabah IV, hal.359-360 apabila dia menunjukkan bahawa Saidatina Aisyah r.a. telah bernikah apabila umurnya 9 tahun. (nota kaki dalam Al-Tabari jld.11 (TH 13) hal.141 nota kaki 766)
Bagaimana pula dengan hal anak patung (mainan Saidatina Aisyah r.a )? Bertentangan dengan Bangkangan 6, seorang penulis melaporkan bahawa memang banyak rujukan Islam yang merujuk perihal Saidatina Aisyah r.a. yang masih bermain-main dengan anak patungnya walaupun sesudah beliau bernikah. (Sahih Muslim jld.2 kitab 8 bab 548 no.3310,3311 hal.716; Sahih Muslim jld.4 kitab 29 bab 1005 no.5981-5982 hal.1299; Sunan Abu Daud jld.3 kitab 36 bab 1769 no.4913 hal.1373, ibnu Hanbal.
Bangkangan 7: Al-Tabari berkata bahawa Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a. mempunyai empat orang anak dalam zaman pra-Islam.
Maka, lantaran Saidatina Aisyah r.a. memang salah seorang anak baginda, tentunya Aisyah sekurang-kurangnya 13 atau 14 tahun tatkala pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w. disempurnakan.
Respons terhadap 7: Al-Tabari jld.11 (TH. 13) hal.141 nota kaki 766 berkata bahawa Al-Tabari bercanggah di sini. Beliau jugalah yang mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berusia 8-9 tahun tatkala pernikahannya disempurnakan. Tabari melaporkan begitu banyak hal, dan dalam hal ini dia atau sumbernya tersilap dalam sesuatu hal. Namun begitu, seseorang itu akan lebih baik dalam hal mengingati sesuatu yang lebih penting berbanding dengan sesuatu yang tidak begitu penting. Al-Tabari mengandungi tiga tempat yang menyebut bahawa Saidatina Aisyah r.a. berusia 8-10 tatkala pernikahannya disempurnakan dan Cuma satu tempat di mana beliau dikatakan mungkin berumur agak lebih tua daripada itu.
Bangkangan 8: Saidatina Aisyah r.a. memeluk Islam lebih dahulu daripada Sayidina ‘Umar ibnu Khattab r.a. menurut Ibnu Hisham di dalam Sirah al-Nabawiyyah jld.1 hal.227-24 (bahasa Arab). Saidatina Aisyah r.a. merupakan pemeluk Islam yang ke-20 atau ke-21 manakala ‘Umar penganut Islam ke- 41 (Sirah al-Nabawiyyah jld.1 hal.295). Maka, dakwa seorang warga Islam, ini membuktikan bahawa Saidatina Aisyah r.a. pasti telah memeluk Islam dalam tahun pertama (sekitar 610 TM.)
Respons terhadap 8: Ada tiga bahagian jawapannya.
1. Tiada seorang pun yang betul-betul tahu akan urutan penganutan. Pada umumnya, begitu bertele-tele percanggahan pendapat mengenai urutan siapa yang dahulu kemudian memeluk Islam, seperi di dalam Al-Tabari jld.5 (Pemegang Kuasa sesudah Ardashir b. Babak) hal.80-87; jld.12 (TM 14) hal.38 perbincangan. Jika mereka tidak mampu sepakat siapakah lima pemeluk terawal agama Islam bagaimana mereka boleh tahu siapakan yang ke-21?
2. Saidatina Aisyah r.a. tidak pernah memeluk Islam, sebab dia tidak boleh ingat waktu apabila Rasulullah s.a.w. tidak mengunjungi ibu bapanya sekurang-kurangnya dua kali sehari mahupun (mengingat) ketika ibu bapanya bukan warga Islam. Ini berlaku sebelum penghijrahan pertama ke Habsyah (617 TM.) (Bukhari jld.5 kitab 58 bab 44 no.245 hal.158).
3. Sayidina‘Umar ibnu Khattab r.a.memeluk agama Islam sebaik sahaja selesai penghijrahan pertama ke Habsyah (617 TM.) menurut Ibnu Ishaq hal.155,156. Jadi apa yang Ibnu Hisham kira sebagai penganutan Saidatina Aisyah r.a. ialah peristiwa sekitar umur Aisyah antara kelahirannya dan berusia tiga tahun.
Bangkangan 9: Menurut Al-Tabari, Lapan tahun sebelum Hijrah, sewaktu Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a. merancang untuk berhijrah ke Habsyah, Saidatina Aisyah r.a. ditunangkan dengan Mut’am. Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a. meminta Mut’am untuk membawa Aisyah ke rumahnya (Mut’am), namun Mut’am enggan sebab Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a. telah memeluk Islam. Dengan demikian Saidatina Aisyah r.a. pastinya cukup umur untuk menjadi seorang isteri lapan tahun sebelum Hijrah lagi. Satu lagi rujukan ialah Tehqiq e umar e Siddiqah e Ka'inat, Habib ur Rahman Kandhalwi, bahasa Urdu, hal.38, Anjuman Uswa e hasanah, Karachi, Pakistan
Respons terhadap 9: Kalau pun itu benar, baik hari ini mahupun pada zaman dahulu, orang Arab sering tunangkan anak perempuan mereka sebaik sahaja anak itu dilahirkan. Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a. mempunyai anak-anak perempuan yang lain dan yang ditunangkan dengan Mut’am mungkin salah seorang daripada anak perempuannya yang lain.
Bangkangan 10: Menurut pakar perundangan Islam,Ahmad ibnu Hanbal, sebelum pernikahannya, Saidatina Aisyah r.a. digelar bikr dalam bahasa Arab dan kata itu bermakna seorang perawan/dara atau wanita yang belum berkahwin. (Musnad Ahmad ibnu Hanbal, jld.6, hal. 210, bahasa Arab, Dar Ihya al-turath al-`arabi, Beirut.
Respons terhadap 10: Kata bikr bermaksud perawan dan tidak khusus dalam hal usia. Tiada sebab mengapa Rasulullah s.a.w. menunggu tiga tahun selepas pernikahan baginda sebelum menyempurnakan pernikahan itu jika Saidatina Aisyah r.a sudah pun menjadi seorang wanita muda, bukan? Malah nota penterjemah ke bahasa Inggeris dalam kitab Bukhari jld.3 kitab 48 bab 18 sebelum no.832 hal.513 mengatakan yang orang Arab menyebut seorang gadis sebagai dewasa selepas dia mengalami haid sulungnya.
Bangkangan 11: Ibnu Hajar melaporkan bahawa Saidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah s.a.w., dilahirkan tatkala baginda berusia 35 tahun, jadi puteri baginda lima tahun lebih tua daripada Saidatina Aisyah r.a.. Maka itu bererti bahawa Saidatina Aisyah r.a. 15/16 tahun ketika dia menyempurnakan pernikahannya dengan Rasulullah s.a.w.. (Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibnu Hajar al-Asqalani, Jld 4, Hal 377, bahasa Arab, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978)
Respons terhadap 11: Sunan Nasa’i jld.1 #29 hal.115-116 (Bahan bahasa Inggeris di bahagian hadapan) sebenarnya menyebut bahawa Saidatina Fatimah r.a., berusia 29 tahun apabila beliau wafat (enam bulan selepas wafatnya baginda Rasulullah s.a.w.), maka Saidatina Fatimah r.a sepuluh tahun lebih tua daripada Saidatina Aisyah r.a.. Jadi, sama ada Ibnu Hajar yang silap, atau semua orang lain yang membuat kesilapan. Hadis yang autoritatif tentunya lebih diyakini oleh warga Islam Sunah Waljamaah berbanding dengan Ibnu Hajar. Apa pun jua, Saidatina Aisyah r.a. memang lebih muda.
Bagaimana Jika Rasulullah Memang Tak Melakukan Sedemikian?
Ayuh kita andaikan
buat seketika bahawa betullah apa yang didakwa oleh sesetengah warga Islam yang
bersikap seperti orang barat yakni kesemua sumber hadis dan kebanyakan rujukan
Al-Tabari dalam isu ini memang salah, dan Saidatina Aisyah r.a. bukannya berusia
8 atau 9 tahun tetapi seorang gadis belasan tahun tatkala Rasulullah s.a.w.
menyempurnakan pernikahan mereka. Seandainya sedemikian banyak hadis yang tidak
betul maka ada empat soalan yang perlu diajukan kepada warga Islam.
1. Apakah erti “Sunnah[1]” jika
pada warga Islam ia bukan bererti “cara” atau
“kebiasaan”, dan
dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali
sebagai kebiasaan Rasul”?
Apakah yang
membezakan seorang warga Islam Sunah Waljamaah? Ia seorang yang:
a) secara politiknya menganggap rangkaian Sayidina Abu Bakar As-Sidek r.a.,
'Umar Ibnu Khattab, and 'Uthman Ibnu ‘Affan adalah khalifah yang sah (Syiah
menganggap tiga khalifah sebelum Ali tidak sah)
b) secara kepercayaan agamanya yakin benar bahawa Sunnah yakni kebiasaan yang
tersebut dalam hadis lazimnya boleh dipercayai dan paling tidak, Allah tidak
memberikan hadis demi membawa orang untuk membuat perbuatan salah yang
bertentangan dengan perintah Allah.
2. Kenapa Allah Membiarkan Hadis Memesongkan Masyarakat Islam selama lebih daripada 1,200 tahun?
Pertimbangkan hakikat yang tersebut di awal tulisan ini tentang tersebar luasnya kejadian pengantin kanak-kanak di Nigeria dan sesetengah wilayah Islam sekarang, dan kengerian dari segi perubatan yang menimpa para anak gadis yang baru datang haid namun masih terlalu muda untuk melahirkan anak. Tak kiralah sama ada sesetengah warga Islam moden betul atau para cendekiawan Islam yang betul, yang pasti semua pihak bersetuju betapa autoritatif hadis kepada warga Islam Sunah Waljamaah yang antara lain memberi teladan Rasulullah s.a.w. menyempurnakan pernikahan baginda dengan Saidatina Aisyah r.a. yang ketika itu berusia 8/9 tahun dan masih bermain dengan anak patung.
Jika kesemua hadis ini salah, adakah anda bersetuju yang hadis ini hanya memberi teladan yang tidak baik yang menyokong amalan kejam (yakni perkahwinan kanak-kanak perempuan) ini?
Surah A-li ‘Imran ayat 54 menyatakan “Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancang tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya”. Jadi, adakah tipu daya ini antara skim Allah, skim Iblis, ataupun adakah mengadakan hubungan seks dengan anak gadis berusia sembilan tahun bukan satu skim?
3. Menurut Ajaran Agama Islam, Apakah yang Berlaku Jika Anda Mengikuti Taifah yang Salah?
Menurut hadis yang sama, orang Islam akan terbahagi menjadi 72 atau 73 taifah (golongan, kaum atau suku), dan terang-terang dinyatakan bahawa kesemua kecuali satu akan ke neraka. (Abu Daud jld.3 no.4579-4580 hal.1290-1291; Ibn-i-Majah jld.5 kitab 36 bab 17 no.3992 hal.312). Al-Quran juga dalam surah Ar-Ruum ayat 32 menyatakan “Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)” yakni menentang mereka yang berpecah menjadi taifah. Maka, jika hadis bukan sahaja salah dalam hal (perpecahan menjadi pelbagai golongan) ini, malahan ia juga menyokong amalan yang jelik (perkahwinan kanak-kanak) ini, yang jelas, jika anda warga Islam Sunah Waljamaah anda dalam taifah yang salah sebab ‘kesunahan’ warga Islam Sunah Waljamaah telah
a) begitu teruk memperdayakan orang
b) mengutuk warga Islam yang berada dalam taifah/golongan yang membawa kekeliruan dan tipu daya. Maka bagi orang yang mendapati diri mereka berada dalam “golongan yang salah”, andainya mereka ingin kembali ke jalan benar Allah, bukankah mereka harus berubah dengan keluar daripada golongan itu?
4. Mungkinkah Jalan yang Benar adalah Sesuatu yang Disebut Sesuatu Yang Anda Tidak Jangka?
Jika menjadi Sunah Waljamaah bermakna anda dalam puak yang salah dan terlalu buruk akibat yang bakal diterima kerana meneladani contoh-contoh buruk yang dianjurkannya, mungkinkah jalan benar yang harus anda ikuti itu bukan apa yang bernama Islam?
Empat Soalan Khusus bagi Warga Islam Sunah Waljamaah Sahaja
Semua orang perlu setuju betapa hadis dan sebahagian amat besar daripada para cendekiawan Islam, baik dari zaman yang lampau mahupun dari era sekarang, mengajar yang Rasulullah s.a.w. mengadakan perhubungan seks (biarpun dihalalkan setelah melalui upacara pernikahan) dengan seorang anak gadis muda berusia lapan atau sembilan tahun.
Di sini diajukan empat soalan, tetapi soalan-soalan ini hanya khusus bagi warga Islam yang mengajar bahawa hadis memang andal yakni boleh dipercayai.
1. Mengapakah ramai kalangan guru Muslim mengajar bahawa Syariah (yakni undang-undang Islam) memang bagus namun cuba menutup bahagian/hal ini?
2. Apabila anda berkata yang Rasulullah s.a.w. insan yang tanpa dosa, adakah itu sekadar bermaksud bahawa anda tidak akan mempersalahkan segala yang baginda lakukan dan biarkan berlaku? Jika tidak, adakah sebarang amalan merogol atau amalan seks lain yang anda kutuk sekalipun Rasulullah s.a.w. membenarkannya atau mengamalkannya?
3. Mengapakah begitu ramai warga Islam moden dan ala barat gagal mengikut ajaran hadis? Apakah agaknya yang mereka lihat yang anda mungkin tidak nampak?
4. Jika anda menyuruh orang mengikut ajaran hadis, dan di rumah anda masih ada foto manusia atau wayang gambar (termasuk TV) yang menunjukkan manusia, pernahkah anda membaca pelbagai perkara yang Al- Quran serta hadis katakan mengenai para munafik dan kemunafikan?
Untuk rujukan anda, hadis-hadis yang sama sekali melarang apa saja bentuk gambar manusia atau haiwan (termasuklah gambar foto dan TV) ialah seperti berikut:
Bukhari jld.3 kitab 34 bab 41 no.318 hal.180-181; jld.4 kitab 54 bab 45-46 no.447-450 hal.297-299; jld.8 kitab 73 bab 75 no.130 hal.82-83; jld.9 kitab 93 bab 56 no.646 hal.487
Sahih Muslim jld.3 kitab 22 bab 5382 no.5246-5252 hal.1157-1158; jld.3 nota kaki 2519-2520 hal.1160-1161
Abu Daud jld.1 kitab 1 bab 92 no.227 hal.55-56; jld.3 kitab 36 bab 1769 no.4913-4914 nota kaki 4288 hal.1373.
Sunan Nasa’i jld.1 kitab 1 bab 169 no.264 hal.240; jld.1 kitab 9 bab 454 no.764 hal.471
Ibn-i-Majah jld.4 kitab 29 bab 56 no.3359 hal.481; jld.5 kitab 32 bab 44 no.3649-3651 hal.108-109. (no.3652 turut menyebutnya namun 3652 dianggap sebagai hadis yang daif (daif).
Pada penghujung tahun 1960an pelbagai aksi ganas berlaku di negara Arab Saudi apabila gambar orang dipaparkan di kaca TV.
Kesimpulan: Jangan beri perhatian kepada para perawi hadis yang tidak konsisten. Jika anda tidak dapat mencari perawi hadis yang konsisten, maka tolaklah sahaja mereka yang seperti ketam, yang menyuruh anda mengikut atau membuat sesuatu yang mereka sendiri tidak ikut dan tidak buat.
Kesimpulan bagi warga Islam Sunah Waljamaah yang ingin menolak As-Sunnah
Bagi warga Islam moden yang menjadi pendukung Sunnah, yang menolak hadis, di bawah diperturunkan keempat-empat soalan itu semula.
1. Apakah makna kata “Sunnah” itu?
2. Adakah selama berabad-abad ini, Allah menipu umat manusia ciptaan-Nya?
3. Apakah yang agama Islam perkatakan tentang mereka yang mengikuti taifah yang salah?
4. Mungkinkah berlaku terlepas perhatian dan pandangan terhadap cara yang sebenarnya?
Kesimpulan: Telah banyak kali para sejarawan yang amat berpengetahuan pun ada melakukan ralat dan kesilapan kecil-kecil, namun ini buka kesilapan yang kecil. Jika kesemua para sejarawan Islam ini sendiri mengatakan hal yang buruk sedemikian tentang beliau yang mereka sebut Rasulullah s.a.w, bagaimana boleh anda meletakkan kepercayaan kepada beliau? Kendatipun begitu, seandainya Al-Quran membenarkan anda memiliki insan yang diamanahkan kepada anda …
Alternatif yang ada kepada anda : Ikutilah Tuhan yang Sejati
Tinggalkan amalan tradisi yang tidak baik. Malah, jangan sekali-kali letakkan kecintaan dan kesetiaan anda terhadap mana-mana tradisi melainkan apa yang terdapat daripada Tuhan. Carilah Kebenaran Allah. Umat Islam turut menghormati kitab Taurat dan Injil, biarpun sedikit sangat yang pernah membacanya. Kenapa tidak cuba membaca Injil dan lihatlah betapa berbezanya ajaran Isa Al-Masih?
Di dalam bab 11 hal. 34 buku bertajuk On the Veiling of Virgins penulis warga Kristian, Tertullian, yang mengarang pada era 200-240 TM, menyebut bahawa puak-puak gasar sekalipun tidak melepaskan anak-anak gadis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga mereka berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki pula sehingga berusia 14 tahun. Konteksnya di sini ialah pertunangan yang membawa kepada perkahwinan yakni sehingga pengantin bersama iaitu menyempurnakan perkahwinan dengan bersetubuh. Amat berbeza antara anak gadis yang berusia 12 tahun dengan yang berusia lapan atau sembilan tahun, dan dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menyempurnakan perkahwinan baginda dengan Saidatina Aisyah r.a. lebih awal daripada yang dilakukan oleh puak-puak gasar yang tak bertamadun.
Seandainya ada sesiapa yang berfikir bahawa semua negara Islam berpandangan yang sama dalam hal isu ini, ketahuilah bahawa di Tunisia, poligami di haramkan dan usia minimum anak gadis boleh dikahwinkan ialah 17 tahun menurut http://www.law.emory.edu/IFL/legal/tunisia.htm.
Laman web www.Answering-Islam.org ialah sesawang yang luas ruang lingkupnya yang menyampaikan serta menghujahkan banyak aspek tentang agama Islam.
Arberry, A.J. The Koran Interpreted (Al-Quran yang Ditafsirkan) Macmillian Publishing Co. 1955.
Ali, Maulawi Shr. The Holy Qur’an : Bahasa Arab Text and English Translation. (Kitab Suci Al-Quran: Teks Bahasa Arab dan Terjemahan Bahasa Inggeris) Islam International Publications Limited. 1997 (Ini diterbitkan di bawah naungan Warga Islam Ahmadiyya)
Awde, Nicholas, penterjemah dan penyunting. Women in Islam : An Anthology from the Qur’an and Hadiths. (Wanita dalam Islam: Antologi daripada Al-Quran dan Hadis) St. Martin’s Press 2000 (207 halaman). Dia hanya memetik daripada Bukhari, dan secara naif menganggap bahawa Bukhari mengandungi segala yang terdapat dalam semua kumpulan hadis lain.
Badawi, Jamal, Ph.D. Gender Equity in Islam : Basic Principles (Kesaksamaan Jantina dalam Islam: Prinsip Asasi). American Trust Publications. 1995.
Caner, Ergun Mehmet. Voices Behind the Veil (Suara Di Sebalik Purdah). Kregel Publications. 2003 (218 halaman)
Hasan, Prof. Ahmad. Sunan Abu Daud : English Translation with Explanatory Notes (Sunan Abu Daud : Terjemahan serta Nota Penerangan). Sh. Muhammad Ashraf Publishers, Kitabsellers & Exporters 1984 (tiga jilid)
The History of al-Tabari (Sejarah Al-Tabari). Ihsan Abbas dll. Lembaga redaksi. Jilid 1-11. SUNY Press.
The Holy Qur-an : English translation of the meanings and Commentary (Kitab Suci Al-Quran : Terjemahan Bahasa Inggeris bagi maknanya dan Ulasan). Diterjemahkan oleh ‘Abdullah Yusuf ‘Ali. Semakan dan suntingan oleh Presiden Kajian Islam, IFTA, Seruan dan Bimbingan. Kompleks Percetakan Kitab Suci Al-Quran Raja Fahd. (tiada tarikh)
Khan, Dr. Muhammad Muhsin (penterjemah) The Translation of the Meanings of Sahih Al-Bukhari Bahasa Arab-English (Terjemahan makna Sahih Al-Bukhari Bahasa Arab-Bahasa Inggeris). Universiti Islam, Al-Medina Al-Munawwara AL MAKTABAT AL SALAFIAT AL MADINATO AL MONAWART. Tiada tarikh, Tiada hak cipta.
Malik, Muhammad Farooq-i-Azam. English Translation of the Meaning of AL-QUR’AN : The Guidance for Mankind (Terjemahan Bahasa Inggeris bagi Makna Al-Quran; Petunjuk bagi Umat Manusia). Institut Pengetahuan Islam. 1997.
Sahih Muslim oleh Imam Muslim. Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh ‘Abdul Hamid Siddiqi. International Islamic Publishing House. (tiada tarikh)
Sunan Ibn-i-Majah oleh Imam Abu Abdullah Muhammad b. Yazid ibnu Majah al-Qazwini. Diterjemahkan oleh Muhammad Tufail Ansari. Kazi Publications 121-Zutgarnain Chambers, Ganpat Road, Lahore, Pakistan. Worldwide Copyright 1993 Zaki Publications Lahore Pakistan.
Sunan Nasa’i diterjemahkan oleh Muhammad Iqbal Siddiqi. 1994 Kazi Publications.
The NIV Study Bible : New International Version (Al-Kitab Pengajian NIV : Versi Antarabangsa Baru) Zondervan Bible Publishers. 1985.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.MuslimHope.com
[1] Mengikut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnah, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.